Posts

Showing posts from 2015

Peribahasa Melayu

Jom kite belajar Peribahasa melayu kita PERIBAHASA 1.Lintah darat  Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. 2. Bagai aur dengan tebing  Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu. 3. Anak dagang  Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat 4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri  Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi. 5.Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai  Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah 6.Indah khabar daripada rupa  Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. 7. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah  Maksud : Pengagihan yang sama banyak. 8. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni  Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama. ...

Ikan Masak Berlada

Image
Jom Kali Ni Kite Makan Ikan Bersambal Pulak.Kene Dengan Cuaca Sejuk Dan Dihidangkan Dengan Nasi Panas. Ikan Masak Berlada Bahan-bahan: 3 ~ 4 ekor ikan sembilang(ikan boleh ikot selera sendiri) 10 biji cili merah - dikisar 2 batang serai - dititik 1 ulas bawang besar - dimayang kasar 2 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk                  air limau kasturi sedikit garam dan gula secukup rasa Cara memasak: 1. Ikan disiang, lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan. 2. Dengan menggunakan minyak yang sama tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yang telah dikisar, garam dan gula, kacau dan biar sampai pecah minyak.                             3. Masukkan ikan...

Jom Kite Cuba Bercakap Bahasa Banjar Sekali Sekala.

Kamus bahasa banjar(banjarese)salah satu bahasa melayu tertua A awak - tubuh badan akuk - saya ayunan - buaian amun - kalau asuh - meriba andak - letak ading - adik ampar - hampar ampih - berhenti/sembuh ancap - cepat andika - awak (panggilan terhormat) anum - muda apik - cermat arai - seronok aruh - kenduri aur - sibuk bekerja ayuha - ya lah B babanam - bakar batakun - bertanya baimbai/baumbai - bersama-sama bahanu - kadang-kadang barabah - berbaring bungul - bodoh bapadah - beritahu berpanderan - berborak, bersembang bahira - buang air besar bekameh - buang air kecil banyu - air badadas - pergi dengan tergesa- gesa badarau - gotong-royong bagamat - perlahan bagaya - bergurau-senda bagi - beri bahambur - bertaburan, bersepah bahari - dahulu kala bahimat - bersungguh-sungguh bahinak - bernafas baisur - memohon diri untuk pulang bajurut - berderet-deret bakajut - serta-merta bakakat - merangkak bakuriak - menjerit bakuya - mengadu bamama...

Kelebihan Buah Belimbing Buluh

Image
Kali ni Admin nak bagi info cikit pasal buah belimbing buluh yang tidak semua tahu termasok Admin dulu...yang Admin tahu belimbing ni masam..HAHAHAHA 4 KELEBIHAN Buah Belimbing Buluh 1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau. 2. jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari. 3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari. 4. Untuk bayi yang diserang penyakit kuning, mandikan dengan air...

Mee Hailam

Image
Ok kali ni kita buat Mee Hailam.salah satu makanan yang Admin selalu order kat kedai kalo dah tak tau nak makan apa.kali ni mari kita mencuba buat pulak sendiri dirumah. Mee Hailam                                  Bahan-bahan: 1 kg mee/kueh teow/mee hoon (6/8 orang) 6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan) rencah ayam/udang/sotong sos tiram garam secukup rasa 6 biji cili api                              3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk) sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn) Cara memasak: 1. Tumiskan bawang putih dan cili api. 2. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya. 3. Masukkan sos tiram sete...

Brownies coklat bakar

Image
 Ini salah satu kegemaran Admin.dah macam tiap bulan mesti ade buat sekali untuk disimpan dalam dalam peti sejuk.sebab mudah dan ringkas untuk dibuat.Tahan lame juge kalo makan sorang2lah...hehehehehe BROWNIES Bahannya: [A ] 1 cawan susu cair 1 cawan butter [ cairkan ] 1 cawan air panas [ B ] adun sebati 2 biji telur 1 s/t esen vanilla [ C ] ayak 2 cawan tepung 1 cawan coco serbuk 1 s/t baking powder 1/2 -1 s/t bicarbonate of soda [ D ] kekacang panggang secukupnya Caranya: Panaskan oven selama 10 minit.Sebatikan semua bahan A. Tuang pula bahan B kacau rata masuk pula bahan C kacau lagi biar sebati. Alas loyang 10x10 in dengan kertas minyak tuang adunan tadi kedalamnya. Bakar selam 40 minit / hingga brownies kelihatan renggang dari loyang / cucuk dengan lidi jika bersih lidi tu bolehkah dikeluarkan dari oven. Sejukkan, kemudian ratakan topping diatasnya biar topping sejuk baru potong2 ikut suka. Chocolate topping: 250 grm coklat masakan 1 s/b butter 1 s/t s...

Ikan Siakap Kukus

Image
Ikan Siakap Kukus          Bahan-bahan: 1 ekor ikan siakap sederhana besar 3 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 1 sudu gula 4cm halia - dimayang 3 ulas bawang putih - dimayang 3 ulas bawang besar - dimayang 3 tangkai daun sup(saderi) 1/2 biji limau nipis garam secukup rasa Cara memasak: 1. Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula (kurangkan jika tak suka manis). 2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur, tabur bahan yang dimayang tadi. 3. Tuang ketiga-tiga sos tadi. 4. Kukus selama 10minit (hingga masak). tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya. atas     

Ayam madu panggang sesedap rase

Image
Jom kite belajar buat ayam Panggang bermadu.sedap ni kalo nk buat untuk berkelah atau bersantai dirumah sambil berborak,lagi2 time cuti bersama keluarga. Ayam Panggang Bermadu        Bahan-bahan: 1kg kepak ayam 1 senduk besar minyak bijan 2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi ) sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas, tambahlah lagi) sedikit garam secukup rasa Cara memasak: Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu..... atas

Udang Masak Serai Wangi

Image
Udang Masak Serai Wangi     Bahan-bahan: 600 gm udang harimau - digoreng setengah masak 4 batang serai 100 gm cili kering 100 gm bawang merah 100 gm cili merah 70 gm bawang putih 70 gm halia muda 3 sudu besar pati asam jawa 30 gm belacan bakar 100 gm pati santan Garam dan gula secukup rasa       Cara memasak: 1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda. 2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair. 3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat 4. Masukkan pati santan dan udang. 5. Masak hingga naik bau. Admin tambah hirisan lobak merah dan daun sup untok menyerikkan masakkan.

Mimaland dalam kenangan

Image
Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an iaitu Mimaland mula dibina dalam tahun 1971. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah 'taman haiwan prasejarah' yang mengandungi binaan model-modeldinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ. Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di ...

My Profile

Image