Peribahasa Melayu
Jom kite belajar Peribahasa melayu kita
PERIBAHASA
1.Lintah darat Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
2. Bagai aur dengan tebing Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3. Anak dagang Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
5.Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
6.Indah khabar daripada rupa Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
8. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. Kacang lupakan kulit Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjungMaksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
13.Memerah otak Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17.Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. Bak cendawan tumbuh selepas hujan Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
21. Mencari jalan Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. Biar mati anak, jangan mati adat Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
23.Sediakan payung sebelum hujan Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24.Berbesar hati Maksud : Gembira.
25. Anak buah Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
26. Tuan rumah Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. Yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28.Batu penghalang Maksud : Halangan
29 Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30.Bagai ikan pulang ke lubuk Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
31. Anjing mengunyah tulang Maksud : Orang yang selalu bersungut.
32. Antan patah, lesung hilang Maksud : Orang yang ditimpa malang berturut-turut.
33. Buntal kembung Maksud : Orang yang bodoh dan sombong tetapi bercakap besar.
34. Cencaru makan petang Maksud : Lambat siap tetapi hasilnya baik dan memuaskan.
35. Habis kapak, berganti beliung Maksud : Orang yang sangat rajin bekerja.
36. Langkas buah kepaya Maksud : Perkara yang mustahil.
37. Lipat kajang Maksud : Selekoh yang tajam.
38. Limau masak sebelah, perahu karam sekerat Maksud : Keputusan atau hukuman yang tidak adil.
39. Lonjak bagai labu dibenam Maksud : Berlagak sombong.
40. Makan cuka Maksud : Cemburu.
41. Merak kayangan Maksud : Wanita cantik yang diidamkan tetapi tidak mungkin didapati.
42. Nan dimaksudkan sampai, nan diamalkan pecahMaksud : Sudah tercapai cita-cita.
43. Orang itu empat ganjil, lima genap Maksud : Orang yang suka membantah atau memberi pendapat yang berbeza.
44. Orang tertikam kawan Maksud : Termenung dan sedih.
45. Padam nyala tarik puntung Maksud : Di mana mati, kuburkan di situ.
46. Patah turun Maksud : Hilang kekuatan atau kecantikan kerana dimakan usia.
47. Patuh janggal Maksud : Kelihatan menurut tetapi sebenarnya tidak.
48. Pukul anjing tidak pandang mata tuannya Maksud : Orang yang terdesak, hilang perasaan takutnya.
49. Ramai beragam, rimbun menyelara Maksud : Banyak orang, banyak pula kerenah mereka.
50. Sabut tebal, tempurung pun menjadi kebal Maksud : Jika banyak kawan, hidup kita menjadi senang.
51. Sekam menjadi hampa berat Maksud : Hilang satu daripada yang banyak tidaklah merugikan.
52. Seludang menolak mayang Maksud : Orang yang bermegah-megah.
53. Selimut kain sehasta Maksud : Serba tidak cukup atau kekurangan.
54. Tak ada beban batu digalas Maksud : Orang yang sengaja mencari masalah.
55. Tak terasa tanduk dicubit Maksud : Orang yang berkuasa atau kaya tidak takut jika dikritik.
56. Ayam terlepas, tangan berbau tahi Maksud : Perbuatan jahat tentulah akan membawa malu.
57. Benalu api Maksud : Orang malas dan mengharapkan rezeki daripada kaum keluarga.
58. Belum pecah mata belalang Maksud : Malam masih awal untuk tidur.
59. Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadiMaksud : Ilmu yang sedikit tidak memberi faedah.
60. Bulan kesiangan Maksud : Muka yang pucat dan tidak berseri.
61. Bunga dipetik/disunting,perdu ditendang Maksud : Isteri dikasihi tetapi mentua dibenci
62. Bunga dedap,sungguh merah berbau tidak Maksud : Orang yang cantik rupa paras tetapi tidak berbudi pekerti.
63. Enggang lalu ranting patah Maksud : Perkara yang terjadi secara kebetulan dan meninggalkan kesan buruk.
64. Guni beras Maksud : Orang yang berbadan besar tetapi malas.
65. Itik berenang di laut mati kehausan Maksud : Orang yang banyak harta atau berpangkat tetapi menanggung kesusahan.
Comments
Post a Comment